Isnin, 20 Mei 2013

Be Strong, Amal :)


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum,Bloggers !
Buat awak yang masih menangis disana,
Saya juga tahu bagaimana rasanya terluka, kecewa, disakiti dan apatah lagi merasa dizalimi. Seluruh hati ini terasa begitu pedih dan sakit sehingga jasad turut lemah tidak berdaya! Semahunya menangis sepuasnya dan ingin sekali mengkhabarkan ke seluruh dunia betapa hati telah remuk dan berhenti berharap.


Kala itu jiwa bercampur dengan rasa sedih, marah dan seringkali dendam itu datang memujuk. Saat itu,orang diluar sana samaada teman karib mahupun saudara terdekatmu sama sekali tidak akan memahami dirimu. Bercakap itu selembut-lembut lidah,tapi hati yang merasai jauh lebih mengerti. Hatimu terasa sungguh sunyi. Dunia bagaikan kosong.



Kenapa mesti aku yang rasa semua ini?Persoalan itu kerap muncul menerpa fikiranmu.

Ya,buat awak yang masih mahu membaca ..
Dunia ini tidak pernah menjanjikan bahagia buat penghuninya,Hidup kita jauh berbeza walaupun dibawah langit yang sama. Awak dengan hidup awak. Saya dengan hidup saya.
Mungkin awak rasa hidup awak paling malang.

Tapi saya juga nak awak tahu,
Suatu hari nanti awak akan rasa betapa bertuahnya diri awak.
Awak akan sedar betapa beruntungnya awak diuji sebegitu.
Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu,
Pandanglah dunia dengan sederhana,
Berdoalah sesungguhnya dan menangislah kala sujudmu.
Pasti jiwamu ringan dari segala beban.

Pasti tiap tangisan mendamaikan,
Kerana Allah adalah jawapan dan sandaran terbaik buatmu malah pada seluruh hamba-hambaNya!
dan tadbir dan takdir Allah tidak pernah tersilap!

Jadi buat awak yang telah dipilih Allah,
La tahzan,innallaha ma’ana. =)


Malam Yang Pilu

بسم الله الرحمن الرحيم
Hai.Assalamualaikum Readers !
Memandangkan esok hanya exam Pend.Seni Kertas2. So,aku mengambil kesempatan untuk update blog tentang apa yang berlaku pada malam ni :'(
Terpahat dalam sejarah hidup aku yang kerdil ini. 
Aku tergerak hati untuk sign in Twitter aku and tgk perkembangan dunia semasa.
Aku bukak profile kwn aku,Shahidah dan ternampak beberapa tweet yang di-post tentang aku.

Inilha buktinya !

Lepas terbaca tweet tu,aku terus bukak blog dan cari blog dia.
Ternyata ! Memang dia ada update pasal aku.

Bukti Kedua !

Tapi,aku redha kau cakap macam tu. Aku tahu aku salah. Tapi,kalau kau still tak maafkan aku lagi nak buat macam mane kan? Memang ini satu ujian bagi aku.
Aku terima segala-galanya dengan hati terbuka.
Kalau boleh aku tak nak gaduh !
Aku nak berdamai.
Lagipun kita dah besar. Dah boleh fikir mane satu baik atau tak.
Think positive kay :)
Aku tak nak kau yang dulu rapat dengan aku sekarang jadi musuh.
Aku tak nak SEMUA tu !
Aku masih ingat kau ajak aku jalan kaki balik dari sekolah.
Aku sebenarnya tak nak jalan kaki. Lagipun,masa tu cuaca panas sangat >.<
Tapi,tak sampai hati nak tengok kau jalan kaki sorang-II.
Aku masih sayangkan kau SHIDA !


Nurul Shahidah Binti Khairul Anuar,aku minta maaf sangat-II sebab selama ni memang aku byk buat salah dengan kau. Aku tahu,aku tak PERFECT !
Aku harap,satu hari nanti kau akan maafkan aku :'(
Aku rasa KEHILANGAN bila kau takde dengan aku.
Hope sangat kau maafkan aku :)
Aku SAYANG kau Mok >.< 

P/S: Setiap manusia pasti akan melakukan KESILAPAN.